Menu sahur hari nie. Ayam masak kicap, nasi, kuah masak lemak dan milo panas. Ape agaknye bonda dan ayahanda sahur pagi ni?.
Memang patutlah Islam menggalakkan umatnya bersahur. Kelebihan sahur amat banyak. Seperti yang kita sedia maklum, sahur merupakan perbezaan antara puasa Muslim dengan Yahudi serta Nasrani. Kelebihan yang lain pula, dapat mengeratkan tali persaudaraan antara Muslim. Sebagai contoh, makanan sahur disediakan oleh rakan, rakan lain mengejutkan sahur. Perkara ini sekaligus memupuk kepercayaan serta perhubungan yang baik atas peribadi Islam. Hebat sungguh seni yang ada pada Islam kerana setiap amalan yang dituntut pasti mendatangkan kabaikan kepada si pelaku.
Semoga Ramadhan mengajar kita bersikap lebih positif dan produktif. Aminn.
"Sahaja aku berpuasa pada esok hari, fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala"