Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Sunday, 31 July 2011

Puasa dan Song

Teringat mase zaman kecik dulu. Mase baru nk bkenalan dengan Ramadhan dan puasa. Semangat betul. Mase tu mesti bersaing same rakan, siapa yg puasa lebih, siapa yg kurang. Walaupun mase tu x pasti ganjaran yang dapat, pahala ke ape ke, maen puasa je. Dalam fikiran masa tu, bile balik dari sekolah petang, tunggu berbuka, ermmmm..ibu masak lauk kegemaran, ada ayam, ada kuih, ayah belikan air sejuk, kira r dalam tin ke bancuh ke janji air manis dan sejuk(mase ni bazar ramadhan x bape nk ade). Mase bebuka berebut nk makan, makan kuih makn nasi, makan macam2. Last skali perut kenyang. Nk solat berat. Tapi tetap best. Bukan sebab dapat makan je, sebab dapat lepas satu hari bpuasa.

Skarang ade aku berada di Song, sebuah daerah kecil di negeri Sarawak. Namanye x bape dikenali, tapi inilah hakikat bahawa sekarang aku berada di Song. Jauh dari keluarga dan tempat lahir. Jauh dari masakan ibu.Jauh daripada perhatian ayah. Jauh dari kemesraan adik beradik. Tapi aku redha, kata orang 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'. Rezeki aku telah ditetapkn di sini. Menyambut ketibaan ramadhan di rantau orang. Walaupun sudah 6 bulan di sini. Keadaan dan perasaan untuk meraikan Ramadhan amat berbeza dengan kampung halaman. Mungkin kerana masih baru atau masih terkenang kampung halaman.

Walaupun pengalaman kali ini amat berbeza. Aku masih bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mengecap nikmat puasa, bersahur dan bertarawih. Semoga limpah rahmat bulan Ramadhan yang mulia akan memudahkan urusanku untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai kejayaan. Ya Allah ku pohon kekuatan agar dugaan dan cabaran dalam meneruskan amanah sebagai pendidik dalam apa jua situasi dapat dilaksanakn. Aminnn.

No comments:

Post a Comment