Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Friday, 2 March 2012

guru dan tugas

2020 merupakan satu matlamat Malaysia untuk mencapai satu tahap kemajuan dalam semua aspek. Dalam usaha untuk mencapai matlamat itu, pelbagai usaha telah dijalankan dalam semua bidang. Dalam usaha ini, bidang pendidikan tidak dapat dielakkan untuk dibangunkan. Pelbagai perubahan telah dilakukan bagi mencapai kemajuan pendidikan samada di peringkat rendah dan tinggi. Salah satu usaha yang kini giat dilaksanakan adalah KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).
KSSR lebih memfokuskan akan kemajuan dan perkembangan murid dari segi intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani.Matlamat KSSR adalah bagi menyediakan murid di sekolah rendah dengan kemahiran-kemahiran minima dan mengembangkan lagi potensi diri murid yang mempunyai kecerdasan intelek ataupun fizikal.sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Sistem pembelajaran dalam KSSR lebih menjurus kepada membentuk idea, kemahiran dan kreativiti murid. Para murid akan dibimbing untuk membentuk kemahiran dan fikiran yang kreatif dan kritis, emosi yang seimbang dengan berteraskan kurikulum.
Persoalan yang timbul, bersediakah para guru untuk melaksanakannya?. Apakah usaha kita sebagai guru dalam membangunkan pengetahuan, teknik pengajaran, dan mengaplikasi pengajaran?. Bersedia atau tidak, guru telah dipertanggungjawabkan untuk menggalas beban ini. Perutusan dan amanah dari Kementerian perlu dilaksanakan selagi berteraskan kebenaran dan tidak lari dari ajaran Islam. Muslim yang beriman ialah muslim yang amanah. Sentiasa optimis dalam tugas merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.

note to myself: perlu persiapkan diri dalam menggalas cabaran mendidik walaupun dibayangi cara didikan dan teori barat. Ambil yang positif, buang yang negatif.

No comments:

Post a Comment