Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Friday, 2 March 2012

Monolog seorang guru

Malasnya untuk aku bangun setiap hari. Tapi kalau aku tak datang, murid aku tak belajar, aku makan gaji haram...ahhhh! bangun2..
Em..Tiap2 Isnin memang malas nak datang sekolah..yela cuti dua hari..
Ehh..dah bunyi loceng..msuk kelas..nasib baik lesson plan dah siap minggu lepas..ok, bawak BBM yang ada, nanti ada yang cakap guru makan gaji buta plak...adooiii~
Adoiiii~tiap2 kali masuk kelas nak kena marah..sampah merata2, meja tak bersusun..sape la yang tak bertugas ni.da makan msa aku nak ngajar, kalau tak bising nanti cakap cikgu x mendidik kat skolah..ish...
Arghhhh!!!pas satu satu...ade je yg tak siap kerja skolah!!!
Mcm mane lg nak cakap?Nak cakap lembut2?Nak pujuk?Sayang~wat kerja skolah ek?
Tak tahu buat?Nak cikgu tunjuk?Ad lagi puluh orang nak minta tunjuk ajar...Takpa, tindakan yang boleh wat..ambil name, bagi Guru Besar..pasni tak siap, tulis lagi...
Dah bising plak..hmmmmm..aku nk garang2 xleh plak..kne saman kang...klau bising belajar takpa...
ahhh...habis jgak satu kelas..baru jam 8.30 pagi..owh ari ni aku ada lima masa, baru abis dua je tiga lepas rehat..
Leh rehat jap kot..eh lupa plak..buku nak tanda, nanti kna tuduh tak wat keje plak..
Siap jgak..
alamak..lesson plan sok x wat lg..wat jap r...em..tulis tulis,...
Bunyi loceng plak..rehat da nie..kna cepat pegi makan..nanti tak sempat masuk kelas plak..
Aduiii.....klau kelas pas rehat ni yang ak malas..dah makan banyak plak tenaga diorang, mlut, kaki, tangan semua nak gerak...nak tak nak, jadi HULK jap r aku nie...
Haaaa..senyap...Dapat gak ak ajar, klu ikut kpala orang laen, tak jadi kerja aku..
Ha...abis dah...duk jap sbelum msuk kelas lagi satu...
Emmmm...ade je yang msuk dalam bilik guru..mcam2 ngadu, gaduh la, bising la..
Tp nk wat cmner, cikgu diorang pegi kursus, tambah ilmu...nanti ad yang kate cikgu x ckup ilmu, x pandai didik
hmmmmm..
Baru ari Isnin...mcm2 hal ak jumpa...aduiii..msuk kelas lagi..kelas belakang plak..ni klau aku x tinggi suara...kne pijak ak nanti..huhu
Arghh!!!naek tegang urat tekak aku.....
agak2 cikgu2 ramai sakit sebab ni la...terpaksa 'naikkan' darah atas kepala...klau tak...'makan' rotan dah murid2 nie.
camner nk laksanakn pembelajaran kalau pengawalan kelas dibataskan?...hmmm
tengah hari..boleh balik...
oppsss...keja umah ada jgak nak bawak nie...data murid, tanda buku n siapkan lesson plan....

guru dan tugas

2020 merupakan satu matlamat Malaysia untuk mencapai satu tahap kemajuan dalam semua aspek. Dalam usaha untuk mencapai matlamat itu, pelbagai usaha telah dijalankan dalam semua bidang. Dalam usaha ini, bidang pendidikan tidak dapat dielakkan untuk dibangunkan. Pelbagai perubahan telah dilakukan bagi mencapai kemajuan pendidikan samada di peringkat rendah dan tinggi. Salah satu usaha yang kini giat dilaksanakan adalah KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).
KSSR lebih memfokuskan akan kemajuan dan perkembangan murid dari segi intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani.Matlamat KSSR adalah bagi menyediakan murid di sekolah rendah dengan kemahiran-kemahiran minima dan mengembangkan lagi potensi diri murid yang mempunyai kecerdasan intelek ataupun fizikal.sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Sistem pembelajaran dalam KSSR lebih menjurus kepada membentuk idea, kemahiran dan kreativiti murid. Para murid akan dibimbing untuk membentuk kemahiran dan fikiran yang kreatif dan kritis, emosi yang seimbang dengan berteraskan kurikulum.
Persoalan yang timbul, bersediakah para guru untuk melaksanakannya?. Apakah usaha kita sebagai guru dalam membangunkan pengetahuan, teknik pengajaran, dan mengaplikasi pengajaran?. Bersedia atau tidak, guru telah dipertanggungjawabkan untuk menggalas beban ini. Perutusan dan amanah dari Kementerian perlu dilaksanakan selagi berteraskan kebenaran dan tidak lari dari ajaran Islam. Muslim yang beriman ialah muslim yang amanah. Sentiasa optimis dalam tugas merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.

note to myself: perlu persiapkan diri dalam menggalas cabaran mendidik walaupun dibayangi cara didikan dan teori barat. Ambil yang positif, buang yang negatif.

Thursday, 5 January 2012

Tugas guru kelas

Learning starts from 1st day of school

5 Jan - Lantikan sebagai guru kelas sesi 2012. Antara tugas utama sebagai guru kelas semasa minggu pertama persekolahan(yg dapat sy refleksi) :

1) Mendaftar murid ke dalam rekod sekolah.
2) Melengkapkn maklumat murid.
3) Mengagihkan bantuan buku Teks.
4) Melengkapkan prasarana kelas dan susun atur kelas.
5) First day is first impression - Hari pertama, kalau boleh guru kelas ialah guru yang pertama masuk ke kelas dan berjumpa dengan murid-murid. Important!!! :-

a) Pengenalan diri sebagai guru kelas.
b) Pengenalan dan kehadiran murid.
c) Penerangan mengenai peraturan dan undang-undang kelas - persetujuan antara murid dan guru.
d) Penerangan mengenai matlamat guru untuk setiap ahli kelas. - Matlamat pada akhir tahun
samada mengenai akademik dan akhlak.
e) Disiplin dan ketegasan guru - paling penting, First expression affects first impression.

Banyak lagi tugas guru kelas. Tapi untuk permulaan tahun, kongsi dulu ilmu yang sedikit ini. Amalan yang sedikit adalah lebih baik daripada ilmu yang banyak tapi tidak diamalkan...
(^-^)



permulaan baru untuk 2012

3 Jan - Meeting pertama sekolah dan pendaftaran murid. Dilantik menjadi guru kelas tahun 4 (sekali lagi =p). Mendaftarkan murid tahun 4 seramai 24 org (kelas plg ramai untuk SK Nanga Nyimoh). Selesai jam 3 ptg++. Pembahagian buku teks yg agak memeningkan kepala.HUHU

4 Jan - Kelas bermula dengan tugas sebagai guru kelas dan guru MP (MT, BI, MZ, PJK). RPH tulis sebarang jer (1st day).

Wednesday, 9 November 2011

Important reminder to teacher-to-be

Memang seronok dpt mula bekerja sebagai cikgu. Macam2 dalam fikiran. Kat mane nak posting tu da satu hal. Nak duk kat mane, umah sewa ke kuarters. Belum masuk persiapan sendiri cntohnya pakaian, alatan bantu mengajar dll. Bila fikir gaji plak, baru seminggu dah fikir gaji yang tertunggak yang menimbun tu. Macam2...
Tapi, sebelum fikir apa2 yang nak dilakukan, ada perkara yang penting yang guru2 baharu perlu beri perhatian.
1) Dokumen - pastikan segala dokumen disimpan dgn baik. Langkah keselamatan lain ialah membuat salinan. Segala dokumen bermula dari awal mendaftar sebagai guru pelatih sehingga mendapat panggilan pnempatan dan pendaftaran perlu disimpan. Begitu juga dgn dokumen semasa berkhidmat. Jgn hrpkn kerani untuk simpankan dokumen, diorg pun bnyk cikgu nk kne urus.
2) Insurans - dulu masa belajar xde duitkn. skang da keje, mulakanlah buat insurans. Senang masa depan.
3) Bajet - beringat sebelum t'kena. Uruskan perbelanjaan dgn bijak. Tunggakan gaji tu banyak. X salah simpan cket. Amalkn ptong 10% dari gaji tuk simpan. Jalankn tugas sbgai anak. Ni y paling penting!
4) Pendaftaran dengan persatuan guru - ingat!!! guru merupakn profession yg professional. Daftarlah dgn mana2 persatuan guru. Rujuk mereka jika ada masalah. Buat pendaftaran dgn Cuepacs pun boleh.
5) Most important - pergaulan dgn rakan guru, yg snior dan y jnior. Ingat, guru merupakan ejen sosial yang paling utama. Mulakan pergaulan dgn rakan sekerja dgn baik. Pelajari segala ilmu dr guru2 lama. Bila melangkah msuk ke sekolah kelak, banyak perkara yang guru2 baru tidak arif ttg dunia persekolahan yg tidak ada semasa pengajian dulu. Life is a learning...




Wednesday, 2 November 2011

Naik gaji = tambah keje = kenaikan harga

Baru-baru ni rakyat Malaysia diberi oleh Allah anugerah melalui Perdana Menteri yang telah membentangkan bajet 2012. Banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh rakyat melalui bajet ini. Kenaikan gaji antara yang menjadi elemen utama bajet ini.
Namun..
Belum sempat rakyat merasa kelebihan bajet ini ramai pihak mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Peniaga menjadikan alasan gaji yang banyak ini sebagai langkah untuk mengaut keuntungan yang berganda. Mungkin pihak-pihak ini sudah terlupa bahawa harga barang yang naik tidak pernah turun.
GOlongan guru merupakan kakitangan awam yang paling banyak menerima kelebihan. Atas kesempatan ini banyak pihak yang menggesa kerajaan untuk menambah kerja guru. Ramai yang masih menganggap bahawa guru merupakan kerja yang mudah. Datang sekolah, mengajar dan balik rumah. Kerja separuh hari tapi gaji lumayan.
Sama-sama kita renungkn, tekanan guru bukan sahaja di sekolah. Guru juga manusia, ada yang berkeluarga. Gaji guru adalah berbaloi dengan tekanan dan kerja mereka. Guru merupakan pembina asas negara, tekanan ini amat besar sekiranya dibandingkan dengan sektor lain yang bertujuan mengekalkan dan memajukan negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya faham dengan pengorbanan guru yang saban hari menghadapi karenah anak2. Walaupun sumbangan mereka kecil tapi pengorbanan mereka besar...

Wednesday, 21 September 2011

Resipi kejayaan

Setiap individu mempunyai impian untuk mengecap kejayaan. Namun apakah resipi kejayaan yang sebenar? Bagaimana caranya untuk mendapat kejayaan? Mungkinkah ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan?
Persoalan ini mungkin timbul dalam diri orang yang mengimpikan kejayaan. Persoalan-persoalan ini mungkin terjawab sekiranya kita mengerti bahawa "Kejayaan tidak akan datang bergolek". Ada yang meragui adanya kejayaan kerana sentiasa menemui kegagalan dalam kehidupan. Ada yang hanya menunggu peluang tiba untuk mendapat kejayaan. Ada yang mengatakan bahawa hidupnya tidak akan menemui kejayaan kerana sudah ditakdirkan begitu.
Sikap ini tidak seharusnya ada dalam diri orang yang mengharap kejayaan. Kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang gigih. Kejayaan juga boleh dicapai dengan berkat doa. Kejayaan juga boleh dicapai dengan berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Kejayaan juga boleh dicapai dengan menggunakan segala peluang dan sentiasa berani mengambil risiko dalam menempuh hidup.
Seorang yang beranggapan dia tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara, sesungguhnya dia hanya mendoakan dirinya sendiri supaya tidak melakukan perkara tersebut. Sekiranya seseorang beranggapan dirinya bernasib malang, nescaya dia hanya mendoakan dirinya untuk menerima nasib malang.
Sebagai perkongsian, seorang rakan pernah memberitahu saya. "Kita tidak perlu bercakap mengenai rezeki orang, sebaliknya usahakan rezeki sendiri dalam mencari peluang".