Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Wednesday, 21 September 2011

Resipi kejayaan

Setiap individu mempunyai impian untuk mengecap kejayaan. Namun apakah resipi kejayaan yang sebenar? Bagaimana caranya untuk mendapat kejayaan? Mungkinkah ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan?
Persoalan ini mungkin timbul dalam diri orang yang mengimpikan kejayaan. Persoalan-persoalan ini mungkin terjawab sekiranya kita mengerti bahawa "Kejayaan tidak akan datang bergolek". Ada yang meragui adanya kejayaan kerana sentiasa menemui kegagalan dalam kehidupan. Ada yang hanya menunggu peluang tiba untuk mendapat kejayaan. Ada yang mengatakan bahawa hidupnya tidak akan menemui kejayaan kerana sudah ditakdirkan begitu.
Sikap ini tidak seharusnya ada dalam diri orang yang mengharap kejayaan. Kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang gigih. Kejayaan juga boleh dicapai dengan berkat doa. Kejayaan juga boleh dicapai dengan berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Kejayaan juga boleh dicapai dengan menggunakan segala peluang dan sentiasa berani mengambil risiko dalam menempuh hidup.
Seorang yang beranggapan dia tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara, sesungguhnya dia hanya mendoakan dirinya sendiri supaya tidak melakukan perkara tersebut. Sekiranya seseorang beranggapan dirinya bernasib malang, nescaya dia hanya mendoakan dirinya untuk menerima nasib malang.
Sebagai perkongsian, seorang rakan pernah memberitahu saya. "Kita tidak perlu bercakap mengenai rezeki orang, sebaliknya usahakan rezeki sendiri dalam mencari peluang".




No comments:

Post a Comment