Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Wednesday, 21 September 2011

Resipi kejayaan

Setiap individu mempunyai impian untuk mengecap kejayaan. Namun apakah resipi kejayaan yang sebenar? Bagaimana caranya untuk mendapat kejayaan? Mungkinkah ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan?
Persoalan ini mungkin timbul dalam diri orang yang mengimpikan kejayaan. Persoalan-persoalan ini mungkin terjawab sekiranya kita mengerti bahawa "Kejayaan tidak akan datang bergolek". Ada yang meragui adanya kejayaan kerana sentiasa menemui kegagalan dalam kehidupan. Ada yang hanya menunggu peluang tiba untuk mendapat kejayaan. Ada yang mengatakan bahawa hidupnya tidak akan menemui kejayaan kerana sudah ditakdirkan begitu.
Sikap ini tidak seharusnya ada dalam diri orang yang mengharap kejayaan. Kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang gigih. Kejayaan juga boleh dicapai dengan berkat doa. Kejayaan juga boleh dicapai dengan berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Kejayaan juga boleh dicapai dengan menggunakan segala peluang dan sentiasa berani mengambil risiko dalam menempuh hidup.
Seorang yang beranggapan dia tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara, sesungguhnya dia hanya mendoakan dirinya sendiri supaya tidak melakukan perkara tersebut. Sekiranya seseorang beranggapan dirinya bernasib malang, nescaya dia hanya mendoakan dirinya untuk menerima nasib malang.
Sebagai perkongsian, seorang rakan pernah memberitahu saya. "Kita tidak perlu bercakap mengenai rezeki orang, sebaliknya usahakan rezeki sendiri dalam mencari peluang".




Thursday, 15 September 2011

Merdeka dan Malaysia

Kita berbicara tentang merdeka. Kita berbicara tentang hari bebasnya negara daripada dijajah. Kita berbicara tentang betapa perlu kemerdekaan. Kita berbicara tentang kemerdekaan yang disambut saban tahun. Kita berbicara tentang titik tolak permulaan sebuah negara. Kita berbicara tentang hari yang mana pasti diingati oleh semua pihak dan tercatat dalam sejarah.

Tapi....

Berbicarakah kita apakah dia hakikat kemerdekaan? Berbicarakah kita apakah dia hakikat tarikh keramat? Berbicarakah kita tentang kemerdekaan sebagai permulaan pembangunan? Berbicarakah kita erti kebebasan? Berbicarakah kita betapa diri dan akal fikiran kita telah bebas? Berbicarakah kita tentang bebasnya daripada cengkaman anasir yang merosakkan diri, bangsa dan negara?

Ketahuilah...

Kemerdekaan sesebuah negara membawa pelbagai implikasi positif atau negatif.
Kemerdekaan diri membangunkan jati diri.
Kemerdekaan akal fikiran adalah yang sejati dengan diselitkan bersama iman yang hakiki.

Sunday, 11 September 2011

Hikmah kembara






Jauh perjalanan banyak pengalaman.
Ungkapan peribahasa yang tidak dapat disangsi lagi. Pengalaman dalam hidup dapat diperoleh melalui pelbagai cara. Orang yang hanya tidak membuat apa-apa pun mendapat pengalaman setiap hari. Pengalaman boleh datang dengan sendiri atau kita yang mencari.
Merantau dan pergi menuntut ilmu di luar kawasan tempat lahir kita adalah jalan yang paling banyak memberi pengalaman dan ilmu. Dengan kembara jauh dari tempat asal, kita dapat melihat dan meniliti kelebihan dan kekurangan diri kita.
Jika kita lihat, banyak negara maju menggalakkan industri pelancongan. Bukan sahaja mengajak pengunjung datang ke negara mereka, bahkan menggalakkan rakyatnya melancong ke negara lain. Situasi ini bukan bertujuan untuk suka-suka dan berhibur sahaja, tetapi untuk memberikan rakyatnya peluang melihat dunia yang lebih luas dan membuka akal fikiran. Keadaan ini akan lebih menguntungkan negara sekiranya ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada negara luar di bawa kembali ke negara sendiri.
Islam sendiri mengajar kita untuk mengembara dengan tujuan dan niat yang baik. Dengan kembara kita dapat melihat dengan lebih luas akan rezeki dan ilmu yang dikurniakan Ilahi.

Thursday, 8 September 2011

Perhati, teliti, kaji baru buat ekspektasi

Manusia diciptakan dengan sifat rapuh. Rapuh dari segi emosi dan fikiran. Kerapuhan ini pula dirosakkan lagi oleh hasutan dan bisikan syaitan yang sentiasa mengarah kepada kejahatan. Pandangan dan pegangan manusia boleh dikucar kacirkan apabila kerapuhan mental dan emosinya tidak dikawal.
Akal fikiran merupakan ubat terbaik dalam memrawat kerapuhan ini. Manusia yang kuat dan tidak rapuh menggunakan akal fikirannya untuk memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan. Setiap perkara yang terjadi diperhatikan oleh manusia dengan pancainderanya. Melalui pemerhatian manusia boleh melihat dan mengetahui apa yang terjadi di sekelilingnya.




Pemerhatian dengan mata kasar merupakan perkara yang sia-sia. Pemerhatian dengan teliti dari semua segi dan secara mendalam akan mendatangkan faedah dan kebaikan kepada manusia. Dengan meniliti apa yang dilihat, manusia dapat mengetahui perkara yang terjadi dengan lebih mendalam. Manusia dapat melihat sebab dan musabab terjadinya perkara.
Dengan penelitian yang tinggi dan disusuli dengan kajian yang mendalam. Manusia dapat mengetahui dengan lebih dalam akan maksud dan perkara yang terjadi. Dengan mengkaji, manusia dapat mengetahui kebaikan dan keburukan setiap perkara yang terjadi atau setiap keputusan yang bakal diambil.
Setelah memerhati, meneliti dan mengkaji, barulah manusia boleh membuat ekspektasi akan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Dengan melalui semua peringkat ini, manusia boleh menmberikan jangkaan, keputusan yang tepat dan memberikan kesan yang baik. Dengan memberikan perhatian kepada setiap elemen di dalam proses ini, manusia boleh melontarkan pandangan dan pendapat dengan lebih tepat dan tidak bertutur dengan membabi buta dan hentam kromo.

p/s: bercakap dengan fakta=bercakap benar walaupun pahit

Sunday, 4 September 2011

Selamat hari Raya Aidilfitri






Alhamdulillah~
Selesai sudah ibadah puasa selama sebulan. Penat menahan segala godaan semasa puasa tleah digantikan dengan hadiah perayaan yang disambut dengan meriah. Segala rahmat diberi oelh Ilahi pada hari yang mulia ini. antara yang biasa dilihat ialah berkumpul bersama keluarga, ziarah sesama jiran, bergurau senda dan macam2 lg rahmat yang diberi.
Kita seharusnya ingat, kemeriahan Syawal tidak akan hadir tanpa melalui Ramadhan. Ramadhan yang telah pergi meninggalkan pelbagai tanggungjawab yang belum selesai. Pemergian Ramadhan bermakna perginya bulan yang dijanjikan padanya pahala berganda. Pemergian Ramadhan yang digantikan oleh Syawal seharusnya menjadi titik perubahan untuk diri kita supaya lebih maju dan diredhai. Ini kerana, 'aidil Fitri diertikan dengan kembalinya manusia kepada fitrah. Fitrah manusia tidak lari daripada melakukan kebaikan dan membenci keburukan. Seharusnya kita teliti diri kita untuk mencari dan membetulkan kesilapan yang terbiasa dilakukan.
Syawal yang disambut meriah setiap tahun, jangan pula dicacat celakan oleh tingkah laku buruk kita. Janganlah dicemari Syawal dengan pembaziran, menigngalkan solat dan pertuturan yang tidak sopan. Perkara yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad ketika menyambut Syawal perlulah dijadikan contoh teladan. Meraikan Syawal bukan bererti kita berpesta sehinggga dimurka.
Singkap kembali bagaimana kemeriahan Syawal yang disambut setiap tahun. Kemeriahan Syawal yang semakin pudar dilubuk sanubari muslimin ungkin disebabkan hilangnya kemeriahan Ramadhan. Tanya kembali kepada diri kita, adakah kita layak untuk meraikan Syawal???