Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Sunday, 11 September 2011

Hikmah kembara






Jauh perjalanan banyak pengalaman.
Ungkapan peribahasa yang tidak dapat disangsi lagi. Pengalaman dalam hidup dapat diperoleh melalui pelbagai cara. Orang yang hanya tidak membuat apa-apa pun mendapat pengalaman setiap hari. Pengalaman boleh datang dengan sendiri atau kita yang mencari.
Merantau dan pergi menuntut ilmu di luar kawasan tempat lahir kita adalah jalan yang paling banyak memberi pengalaman dan ilmu. Dengan kembara jauh dari tempat asal, kita dapat melihat dan meniliti kelebihan dan kekurangan diri kita.
Jika kita lihat, banyak negara maju menggalakkan industri pelancongan. Bukan sahaja mengajak pengunjung datang ke negara mereka, bahkan menggalakkan rakyatnya melancong ke negara lain. Situasi ini bukan bertujuan untuk suka-suka dan berhibur sahaja, tetapi untuk memberikan rakyatnya peluang melihat dunia yang lebih luas dan membuka akal fikiran. Keadaan ini akan lebih menguntungkan negara sekiranya ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada negara luar di bawa kembali ke negara sendiri.
Islam sendiri mengajar kita untuk mengembara dengan tujuan dan niat yang baik. Dengan kembara kita dapat melihat dengan lebih luas akan rezeki dan ilmu yang dikurniakan Ilahi.

No comments:

Post a Comment