Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Sunday, 21 August 2011

Life is a learning

Banyak perumpaan dan pepatah untuk menghuraikan maksud hidup. Antara yang popular seperti "hidup ibarat roda". Perumpaan ini menerangkan bahawa adakalanya hidup kita tidak sentiasa senang dan tidak pula sentiasa susah. Itu antara huraian maksud perumpamaan ini.

Jika kita selidik dan lihat secara lebih mendalam, perumpamaan ini juga bermaksud putaran dalam kehidupan. Ibarat roda yang sentiasa bergerak, semakin banyak utaran roda, semakin jauh roda itu berjalan. Semakin jauh ia berjalan, pasti ia akan menempuhi pelbagai bentuk jalan, adakalanya rata, adakalnya berlubang, dan ada juga jalan-jalan yang tidak boleh ia lalui.

Begitu juga kehidupan kita. Bermulanya saat kita lahir ke dunia, banyak perkara yang telah kita pelajari. Bermula dengan derai tangis, hilai tawa dan tutur kata. Setiap hari, kita sentiasa menghadapi perkara yang baru. Pembaharuan dalam kehidupan inilah yang dinamakan pembelajaran. Pembelajaran dalam mengenal erti kehidupan. Pembelajaran ini tidak akan terhenti sehingga detik akhir kematian.

Ada juga yang mengatakan bahawa kehidupan seharian mereka hanya perkara yang sama mereka lalui setiap hari. Jika kita berfikiran sebegitu, nescaya kita adalah dalam golongan orang yang rugi. Perkara atau rutin harian hidup, tidak bermakna kita hanya menjalani kehidupan itu berulang kali. Rutin seharian ini sepatutnya kita refleksi kembali untuk memperbaiki diri dan belajar tentang kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan yang terjadi di atas setiap tindakan kita.

Setiap perkara dalam kehidupan seharian, daripada sebesar-besar tindakan sehingga perkara yang remeh temeh adalah pembelajaran. Jangan kita fikir bahawa tindakan yang remeh temeh tidak akan menjejaskan kehidupan kita di masa hadapan. Sebagai contoh, cara kita menyuap makanan ke dalam mulut. Jika kita tidak mempelajarinya, kita mungkin tidak dapat menyuapkan makanan dengan betul dan berkemungkinan makanan akan bersepah. Dengan melihat cara makan yang betul dan merefleksi cara makan diri sendiri, kita boleh memperbaiki cara menyuap makanan dengan betul, dan ini ialah satu pembelajaran yang amat kecil dalam hidup.

Sentiasalah kita buka mata dan minda agar dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna. Pelajari tentang kehidupan agar kita boleh menguasai hidup. Jangan biarkan diri sendiri jatuh dalam golongan yang tidak menggunakan akal fikiran dan menjadi orang yang rugi.

Tuesday, 16 August 2011

Antara sistem dan kemudahan

SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) ialah salah satu kemajuan dalam bidang pendidikan sejajar dengan keinginan dan hasrat Perdana Menteri melalui NKRA Pendidikan. Secara peribadi saya berpendapat bahawa sistem ini merupakan satu anjakan paradigma dalam bidang pendidikan. Sistem ini juga seiring dengan kemajuan TMK (teknologi maklumat dan komunikasi). SAPS membantu individu seperti guru untuk lebih mudah menyimpan dan mengases data. Dengan kelebihan seperti ini, sistem pentadbiran sekolah akan lebih bersifat terkini dan menyeluruh. Sebarang perubahan maklumat dapat diurus dengan mudah.
Walau bagaimanapun, sistem ini membebankan guru-guru yang telah sedia terbeban dengan tugas harian. Sistem yang seharusnya memudahkan dan menjimatkan masa guru menjadi satu sistem yang banyak menggunakan masa guru. Pengaksesan untuk mengisi data juga memakan masa dan kadangkala data yang diisi boleh hilang.
Seharusnya sistem ini dirancang dengan teliti dan dijalankan kajian terlebih dahulu. Sebarang perubahan dalam pendidikan negara mestilah seiring dengan pencapaian kemajuan teknologi di seluruh negara, bukan hanya di bandar-bandr. Jika negara kita mempunyai capaian internet yang menyeluruh, sistem pangkalan data yang terkini, saya percaya sistem ini adalah sistem yang dapat memudahkan Kementerian Pelajaran dan para guru.

p/s: still can not log in to this system..what's wrong????





Thursday, 11 August 2011

Muridku dan pencapaian

4 sub NKRA pendidikan yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, dan salah satunya ialah LINUS. Pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan menulis amat penting dalam menongkah arus hidup di zaman globalisasi ini. Kemahiran murid untuk menulis, membaca dan mengira (3M) banyak membantu mereka dalam menguruskan kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir murid yang merupakan LINUS tegar, iaitu murid yang setelah tempoh 3 tahun, masih lagi tidak boleh menguasai kemahiran 3M. Faktor yang menyebabkan berlakunya hal yang sedemikian antaranya faktor genetik.

Faktor genetik pula boleh dipengaruhi oleh keadaan genetik keturunan, genetik murid itu sendiri dan persekitaran termasuk pemakanan dan pergaulan. Faktor-faktor ini sering kali menjadi persoalan dan menjadi topik utama dalam perbualan untuk meningkatkan kemahiran 3M murid. Akan tetapi tahukah kita bahawa murid yang lemah ini bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor-faktor logikal seperti ini?

Cuba buka minda dan berfikiran lebih mendalam. Apakah Allah sengaja memberikan kelemahan-kelemahan pada manusia agar manusia boleh mempersenda sesama manusia? Tidak sama sekali. Sebenarnya Allah menganugerahkan murid atau individu yang lemah akal ini kepada kita untuk membantu kita mendapat pahala yang setimpal.

Jika kita fikir dengan teliti, banyak mana amalan kita? Bagaimana solat kita? Bagaimana doa kita? Sebab itulah datangnya murid yang lemah seperti ini untuk membantu kita mencari pahala yang lebih banyak dan diredhai. Jika seorang guru membantu murid ini dengan sepenuh hati, pahala mengajar dengan penuh kesabaran adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan ilmu yang dicurahkan.





Begitu juga dengan doa. Diri kita mungkin bukan seorang yang dimakbulkan doa. Dengan membantu murid seperti ini, berkemungkinan terlintas dalam hati murid mendoakan guru yang telah membantu sedaya upayanya. Ingat, insan istimewa seperti ini lebih makbul doanya daripada insan normal apatah lagi mereka hanya kanak yang belum lagi matang.

Semoga kita lebih berusaha untuk melahirkan masyarakat yang gemilang akhlak dan budinya seiring pencapaian mental dan agamanya. Amiinn.~

Monday, 8 August 2011

Feeling lucky??

Alhamdulillah~

Telah terima surat pelantikan dan baru sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan di Hadapan Majistret Song. Sekarang cuma perlu lengkapkan borang2 lain, dan buat pemeriksaan doktor. Semoga urusan berjalan lancar. 


p/s:Anak-anak muridku, jangan lupa baca buku. Exam nak dekat nih.

HD TV for Hari Raya!!!

Ingin mendapatkan sebuah HD TV untuk Hari Raya ini?
ketahui caranya dengan klik link di bawah
http://says.my/napi_han/maxis-broadband-contest1

Saturday, 6 August 2011

Masa = nyawa


Masa sering diertikan sebagai sesuatu yang berharga. Islam sendiri menyuruh umatnya menghargai dan menggunakan masa. Bahkan Allah sendiri telah bersumpah dengan masa bahawa manusia sentiasa dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran-maksud Surah Al-'Asr.


Masa yang kita lalui dinilai melalui detik, minit, hari dan sebagainya. Kata orang setiap detik yang berlalu adalah bernilai. Masa yang telah berlalu tidak mungkin dapat diulang kembali. Keingingan kita untuk mengulang masa yang telah berlalu menunjukkan sikap menyesal di atas perbuatan yang telah kita lakukan.


Masa juga boleh diibaratkan sebagai nyawa yang telah dianugerahkan oleh Allah. Setiap hari masa dan usia nyawa kita berjalan dengan serentak. Cuba selami prinsip nadi dan jantung, pergerakan darah yang dipam oleh jantung dapat kita kesan melalui nadi. Nadi yang berdenyut setiap masa menunjukkan pergerakan usia umur kita. Itulah nyawa yang telah diberikan, atau dalam erti kata lain masa. Ini kerana jika terhentinya nadi dan jantung, maka berhentilah masa kita di dunia ini.





Like kit kat? How about something you don't know about it?

http://says.my/napi_han/kitkat

Friday, 5 August 2011

Sahur

The difference between Muslim's fasting and others is sahur. Sahur can be explain as eat a bit of food or drink a glass of water before solat subuh. Although sahur is a good thing for us to do, but we always looking for a reason so that we can escape and continue our sleep. A simple drink of water, a bit bite of food in sahur give us so much of pahala. Remember, Ramadhan is a month that gives multiple pahala for a good thing we do. Perfect sahur can be explain as:
1) Drink n eat food, not just wake up. (a better sahur is plain water & dates)
2) The closer time to Subuh is better. (so we can solat Subuh after right after sahur)
3) Wake the others so that they can perform sahur together.
4) Eat with Bismillah and end with Alhamdulillah.

With this knowledge, may Allah bless us & gives us a better Ramadhan. Amiinn





Ramadhan bulan untuk belajar

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling bnyk diberi kelebihan kepada umat Islam. Hal ini memang tak disangkal lagi kerana terdapat hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan kelebihan Ramadhan. Antara yang kita sedia maklum:
1) Pahala digandakan
2) Bulan diturunkan Al-Quran
3) Bulan yang padanya ada malam Lailatul Qadr
4) Penghuni kubur direhatkan
5) Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup, dan bermacam-macam lg rahmat yang diberikan.

Yang paling utama dapat kita perhatikan ialah bulan untuk kita belajar. Sesetengah orang memanggil Ramadhan sebagai Madrasah Ramadhan (Sekolah Rmadhan). Kalau kita selidik secara mendalam, dalam bulan ramadhan lah yang paling sedikit orang melakukan dosa, walau sejahat mana seseorang itu. Pada bulan yang dijanjikan kemuliaan ini, ramai umat Islam yang dalam tempoh 11 bulan yang lain telah lalai dengan dunia telah kembali mengenal erti ibadah dalam kehidupan seharian. Keadaan ini didorong oleh keinginan untuk menghormati Ramadhan. Hal ini berlanjutan apabila individu hendak beribadah tetapi sudah terlupa atau tidak tahu. Dalam proses inilah berlakunya pembelajaran secara tidak langsung pada bulan Ramadhan.

Pembelajaran pertama (Bersolat)
Pembelajaran ini secara tidak langsung berlaku semasa ibadah solat sunat terawih. Solat terawih dilaksanakan secara berjemaah dan banyak rakaat. Jika kita fikirka kembali, banyak solat bukan memenatkan diri, tetapi melatih diri untuk mengamalkan rukun solat, bacaan dalam solat, surah2 (paling tidak Al-Fatihah). Jika kita melatih diri dalam sebulan, setiap hari melakukan 5 solat wajib dan 8 rakaat solat terawih, sudah pasti kita boleh membaca bacaan dalam solat dengan betul. Dan tidak mustahil kita boleh memahami bacaan dan mendalami erti solat. Latihan solat selama sebulan ini boleh melatih kita untuk menghadapi 11 bulan yang lain dengan lebih bersedia.

Pembelajaran kedua (Berjemaah)
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pepatah melayu yang amat sinonim dalam kehidupan di Malaysia. Sebenarnya Islam telah terlebih dahulu mendedahkan konsep ini. Solat terawih yang kebiasaannya didirikan di masjid atau surau di mana umat Islam berkumpul. Semasa melakukan solat sunat ini, tidak ada kita memikirkan fahaman yang berbeza, permusuhan peribadi dan lain-lain. Solat sunat terawih yang hanya didirikan semasa bulan Rmadhan melatih kita untuk berjemaah ketika solat dan berjemaah ketika di luar solat. Sebagai muslim, kita tidak ada perbezaan. Tuhan kita hanya satu, nabi kita nabi Muhammad S.A.W. dan panduan kita tetap sama, Al-Quran.

Pembelajaran ketiga (Berpuasa)
Puasa sememangnya diketahui ramai memberi kelebihan kepada kesihatan diri. Jika difikir lebih dalam, puasa mengajar kita untuk beribadah dengan lebih banyak. Bagaimana?
1) Puasa mengajar kita erti kesusahan orang lain supaya kita boleh membantu mereka yang tidak berkemampuan.
2) Puasa mengajar erti bersederhana dan mengelakkan pembaziran. Semasa berbuka kita disunatkan makan secara bersederhana bukan ikut nafsu.
3) Puasa mendidik diri kita untuk mendapatkan pahala extra pada bulan2 lain. Seperti puasa isnin-khamis, puasa bulan Rejab dan Syaaban, puasa enam pada bulan Syawal. Ini kerana bulan lain kita tidak diberi pahala berganda, denga berpuasa extra, kita boleh tambahkan pahala.


Pembelajaran keempat (Membaca Al-Quran)
Sinonim bagi masyarakat muslim di Malaysia yang mengamalkn tadarus Al-Quran. Walaupun kita telah 11 bulan lali dalam membaca dan memahami Al-Quran, ramadhan telah mengajak kita untuk kembali mengenal Al-Quran. Bacaan Al-Quran sepanjang ramadhan sedikit membantu kita untuk memperbaiki bacaan dan memahami kandungan Al-Quran.

Itulah antara pembelajaran yang terdapat dalam Madrasah Ramadhan. Terpulang pada kita untuk teruskan pembelajaran sepanjang 11 bulan yang lain atau tidak. Sesungguhnya Ramadhan datang sekali dalam setahun, bukan ganjarannya sahaja yang kita kejari, tetapi kesan daripada sebulan pembelajaran di Madrasah Ramadhan.
Tengah cuba benda baru. Saje nak cuba benda dalam blog nie bg nampak menarik dan tertarik. Baru add page picture. Kalau ade mase try la buke. Thanks~

Thursday, 4 August 2011

4 ramadhan..
alhamdulillah da msuk 4 hari ramadhan. Macam manakah puasa kita?
Sekadar perkongsian, selama 4 hari berpuasa apa yang dapat saya perhatikan dan perbaiki dalam kekurangan diri:
1) Perbaiki pengurusan masa
2) Puasa tidak mengehadkan aktiviti
3) Minda yang memandang bahawa puasa melemahkan badan perlu dibuang
4) Semasa berpuasa sentiasa berfikir akan perbuatan yang dilakukan, adakah ia berbaloi dengan amalan kita yang menahan lapar dan dahaga (dapat pahala atau sia-sia).
5) Berapa banyakkah ayat suci Al-Quran yang telah di baca

Doakan supaya semua mukminin dapat puasa yang baik di dunia dan akhirat..aminnn

Monday, 1 August 2011

Buka puasa dan makan

Berbuka sememangnya merupakan nikmat yang paling indah ketika berpuasa. Tapi jangan lupa, makan jangan sampai kembung perut. Nanti semua kerja tak jadi. Makan biarlah berpada, kerana tujuan berpuasa pon hendak berkongsi derita hidup golongan yang tak berkemampuan. Pahala yanh kita dapat semasa berpuasa janganlah dihilangkan dengan dosa membazir semasa berbuka.

Yang perlu kita ingat semasa berbuka:
1) Berbuka dengan rezeki yang halal
2) Makan dengan perlahan, jangan gelojoh
3) Mulakan dengan makanan yang tidak dijamah oleh api dulu, contohnya buah (sunat buah kurma).
4) Berdoa, kerana antara waktu mustajab doa semasa berbuka
5) Bersolat maghrib selepas berbuka

p/s:
Hari ni berbuka masakan housemate, En. Basri. Ayam Citra kot name masakan tue. Sedapppp. Alhamdulillah~

Antara tugas dan puasa

Puasa merupakan tuntutan kepada semua muslim. Melaksanakannya merupakan kewajipan yang terangkum dalam rukun Islam. Setengah muslim merasakan puasa suatu bebanan kepada diri. Sebahagian muslim yang lain merasakan puasa menjadi batu loncatan meningkatkan amalan harian dalam menguji kesabaran dan keutuhan iman.

Puasa juga mengajar diri kita supaya menyemai rasa simpati dan empati dengan golongan fakir miskin. Sebab itulah pada bulan ini kita dikehendaki membayar zakat fitrah. Dengan merasai kesusahan golongan fakir dan miskin, kita mungkin mengerti akan keperitan idup mereka yang dihadapi sepanjang tahun dan bukannya sebulan.

Dalam melaksanakn tugas harian, terutamanya sebagai guru, berpuasa memberi cabaran kepada diri sendiri. sebagai guru, tugas mendidik dan mengajar yang menggunakan tenaga dan suara. Keadaan di sekolah yang terik, murid-murid yang bising memberikan lagi cabaran dan dugaan kepada diri kita. Terpulang kepada kita sebagai guru melaksanakn tugasan dan tanggungjawab ini.

Rasulullah S.A.W. sendiri telah berperang dalam bulan puasa. Demi menegakkan Islam dan menyampaikan dakwah baginda, baginda sanggup menahan lapar dan dahaga semasa berperang bukan sahaja dengan musuh bahkan dengan suasana yang panas dan terik.

Semoga Allah menambahkan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi liku dan dugaan Ramadhan. Semakin banyak dugaan, semakin besar cintaNya, semakin dekat syurgaNya,semakin hampir redhaNya.