Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Monday, 1 August 2011

Antara tugas dan puasa

Puasa merupakan tuntutan kepada semua muslim. Melaksanakannya merupakan kewajipan yang terangkum dalam rukun Islam. Setengah muslim merasakan puasa suatu bebanan kepada diri. Sebahagian muslim yang lain merasakan puasa menjadi batu loncatan meningkatkan amalan harian dalam menguji kesabaran dan keutuhan iman.

Puasa juga mengajar diri kita supaya menyemai rasa simpati dan empati dengan golongan fakir miskin. Sebab itulah pada bulan ini kita dikehendaki membayar zakat fitrah. Dengan merasai kesusahan golongan fakir dan miskin, kita mungkin mengerti akan keperitan idup mereka yang dihadapi sepanjang tahun dan bukannya sebulan.

Dalam melaksanakn tugas harian, terutamanya sebagai guru, berpuasa memberi cabaran kepada diri sendiri. sebagai guru, tugas mendidik dan mengajar yang menggunakan tenaga dan suara. Keadaan di sekolah yang terik, murid-murid yang bising memberikan lagi cabaran dan dugaan kepada diri kita. Terpulang kepada kita sebagai guru melaksanakn tugasan dan tanggungjawab ini.

Rasulullah S.A.W. sendiri telah berperang dalam bulan puasa. Demi menegakkan Islam dan menyampaikan dakwah baginda, baginda sanggup menahan lapar dan dahaga semasa berperang bukan sahaja dengan musuh bahkan dengan suasana yang panas dan terik.

Semoga Allah menambahkan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi liku dan dugaan Ramadhan. Semakin banyak dugaan, semakin besar cintaNya, semakin dekat syurgaNya,semakin hampir redhaNya.

No comments:

Post a Comment