Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling bnyk diberi kelebihan kepada umat Islam. Hal ini memang tak disangkal lagi kerana terdapat hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan kelebihan Ramadhan. Antara yang kita sedia maklum:
1) Pahala digandakan
2) Bulan diturunkan Al-Quran
3) Bulan yang padanya ada malam Lailatul Qadr
4) Penghuni kubur direhatkan
5) Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup, dan bermacam-macam lg rahmat yang diberikan.
Yang paling utama dapat kita perhatikan ialah bulan untuk kita belajar. Sesetengah orang memanggil Ramadhan sebagai Madrasah Ramadhan (Sekolah Rmadhan). Kalau kita selidik secara mendalam, dalam bulan ramadhan lah yang paling sedikit orang melakukan dosa, walau sejahat mana seseorang itu. Pada bulan yang dijanjikan kemuliaan ini, ramai umat Islam yang dalam tempoh 11 bulan yang lain telah lalai dengan dunia telah kembali mengenal erti ibadah dalam kehidupan seharian. Keadaan ini didorong oleh keinginan untuk menghormati Ramadhan. Hal ini berlanjutan apabila individu hendak beribadah tetapi sudah terlupa atau tidak tahu. Dalam proses inilah berlakunya pembelajaran secara tidak langsung pada bulan Ramadhan.
Pembelajaran pertama (Bersolat)
Pembelajaran ini secara tidak langsung berlaku semasa ibadah solat sunat terawih. Solat terawih dilaksanakan secara berjemaah dan banyak rakaat. Jika kita fikirka kembali, banyak solat bukan memenatkan diri, tetapi melatih diri untuk mengamalkan rukun solat, bacaan dalam solat, surah2 (paling tidak Al-Fatihah). Jika kita melatih diri dalam sebulan, setiap hari melakukan 5 solat wajib dan 8 rakaat solat terawih, sudah pasti kita boleh membaca bacaan dalam solat dengan betul. Dan tidak mustahil kita boleh memahami bacaan dan mendalami erti solat. Latihan solat selama sebulan ini boleh melatih kita untuk menghadapi 11 bulan yang lain dengan lebih bersedia.
Pembelajaran kedua (Berjemaah)
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pepatah melayu yang amat sinonim dalam kehidupan di Malaysia. Sebenarnya Islam telah terlebih dahulu mendedahkan konsep ini. Solat terawih yang kebiasaannya didirikan di masjid atau surau di mana umat Islam berkumpul. Semasa melakukan solat sunat ini, tidak ada kita memikirkan fahaman yang berbeza, permusuhan peribadi dan lain-lain. Solat sunat terawih yang hanya didirikan semasa bulan Rmadhan melatih kita untuk berjemaah ketika solat dan berjemaah ketika di luar solat. Sebagai muslim, kita tidak ada perbezaan. Tuhan kita hanya satu, nabi kita nabi Muhammad S.A.W. dan panduan kita tetap sama, Al-Quran.
Pembelajaran ketiga (Berpuasa)
Puasa sememangnya diketahui ramai memberi kelebihan kepada kesihatan diri. Jika difikir lebih dalam, puasa mengajar kita untuk beribadah dengan lebih banyak. Bagaimana?
1) Puasa mengajar kita erti kesusahan orang lain supaya kita boleh membantu mereka yang tidak berkemampuan.
2) Puasa mengajar erti bersederhana dan mengelakkan pembaziran. Semasa berbuka kita disunatkan makan secara bersederhana bukan ikut nafsu.
3) Puasa mendidik diri kita untuk mendapatkan pahala extra pada bulan2 lain. Seperti puasa isnin-khamis, puasa bulan Rejab dan Syaaban, puasa enam pada bulan Syawal. Ini kerana bulan lain kita tidak diberi pahala berganda, denga berpuasa extra, kita boleh tambahkan pahala.
Pembelajaran keempat (Membaca Al-Quran)
Sinonim bagi masyarakat muslim di Malaysia yang mengamalkn tadarus Al-Quran. Walaupun kita telah 11 bulan lali dalam membaca dan memahami Al-Quran, ramadhan telah mengajak kita untuk kembali mengenal Al-Quran. Bacaan Al-Quran sepanjang ramadhan sedikit membantu kita untuk memperbaiki bacaan dan memahami kandungan Al-Quran.
Itulah antara pembelajaran yang terdapat dalam Madrasah Ramadhan. Terpulang pada kita untuk teruskan pembelajaran sepanjang 11 bulan yang lain atau tidak. Sesungguhnya Ramadhan datang sekali dalam setahun, bukan ganjarannya sahaja yang kita kejari, tetapi kesan daripada sebulan pembelajaran di Madrasah Ramadhan.

No comments:
Post a Comment