Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Tuesday, 16 August 2011

Antara sistem dan kemudahan

SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) ialah salah satu kemajuan dalam bidang pendidikan sejajar dengan keinginan dan hasrat Perdana Menteri melalui NKRA Pendidikan. Secara peribadi saya berpendapat bahawa sistem ini merupakan satu anjakan paradigma dalam bidang pendidikan. Sistem ini juga seiring dengan kemajuan TMK (teknologi maklumat dan komunikasi). SAPS membantu individu seperti guru untuk lebih mudah menyimpan dan mengases data. Dengan kelebihan seperti ini, sistem pentadbiran sekolah akan lebih bersifat terkini dan menyeluruh. Sebarang perubahan maklumat dapat diurus dengan mudah.
Walau bagaimanapun, sistem ini membebankan guru-guru yang telah sedia terbeban dengan tugas harian. Sistem yang seharusnya memudahkan dan menjimatkan masa guru menjadi satu sistem yang banyak menggunakan masa guru. Pengaksesan untuk mengisi data juga memakan masa dan kadangkala data yang diisi boleh hilang.
Seharusnya sistem ini dirancang dengan teliti dan dijalankan kajian terlebih dahulu. Sebarang perubahan dalam pendidikan negara mestilah seiring dengan pencapaian kemajuan teknologi di seluruh negara, bukan hanya di bandar-bandr. Jika negara kita mempunyai capaian internet yang menyeluruh, sistem pangkalan data yang terkini, saya percaya sistem ini adalah sistem yang dapat memudahkan Kementerian Pelajaran dan para guru.

p/s: still can not log in to this system..what's wrong????





2 comments:

  1. dulu, ada satu pasukan sedang mengkaji bebanan tugas guru, tp masih belum mendapatkan hasil. rasanya tugas pasukan tersebut bukan mengkaji mcm mana nak kurangkan bebanan tugas guru, tp mengkaji mcm mana nak tambahkan bebanan tugas guru la kot..

    ReplyDelete
  2. Maybe. Klu tgk dr sudut pndangan guru, dulu masa sblum merdeka guru dihormati, masa merdeka guru disanjungi, masa tu sebut je cikgu, sume jd hormat, sume nk jd cikgu. Skrang cikgu jd bahan baik politik, uji kaji, caci maki dan y tkini bahan pukul. Masa ni di mana krajaan? Mana org2 y kononnya menjadi pembantu guru. Semakin hari guru ditekan. Guru ditagih khidmat, tapi bila guru memerlukan sokongan dan bantuan sume hilang, senyapkn diri. Entahlah...

    ReplyDelete