Masa sering diertikan sebagai sesuatu yang berharga. Islam sendiri menyuruh umatnya menghargai dan menggunakan masa. Bahkan Allah sendiri telah bersumpah dengan masa bahawa manusia sentiasa dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran-maksud Surah Al-'Asr.
Masa yang kita lalui dinilai melalui detik, minit, hari dan sebagainya. Kata orang setiap detik yang berlalu adalah bernilai. Masa yang telah berlalu tidak mungkin dapat diulang kembali. Keingingan kita untuk mengulang masa yang telah berlalu menunjukkan sikap menyesal di atas perbuatan yang telah kita lakukan.
Masa juga boleh diibaratkan sebagai nyawa yang telah dianugerahkan oleh Allah. Setiap hari masa dan usia nyawa kita berjalan dengan serentak. Cuba selami prinsip nadi dan jantung, pergerakan darah yang dipam oleh jantung dapat kita kesan melalui nadi. Nadi yang berdenyut setiap masa menunjukkan pergerakan usia umur kita. Itulah nyawa yang telah diberikan, atau dalam erti kata lain masa. Ini kerana jika terhentinya nadi dan jantung, maka berhentilah masa kita di dunia ini.
No comments:
Post a Comment