Selamat bercuti kepada semua warga pendidik~

Sunday, 21 August 2011

Life is a learning

Banyak perumpaan dan pepatah untuk menghuraikan maksud hidup. Antara yang popular seperti "hidup ibarat roda". Perumpaan ini menerangkan bahawa adakalanya hidup kita tidak sentiasa senang dan tidak pula sentiasa susah. Itu antara huraian maksud perumpamaan ini.

Jika kita selidik dan lihat secara lebih mendalam, perumpamaan ini juga bermaksud putaran dalam kehidupan. Ibarat roda yang sentiasa bergerak, semakin banyak utaran roda, semakin jauh roda itu berjalan. Semakin jauh ia berjalan, pasti ia akan menempuhi pelbagai bentuk jalan, adakalanya rata, adakalnya berlubang, dan ada juga jalan-jalan yang tidak boleh ia lalui.

Begitu juga kehidupan kita. Bermulanya saat kita lahir ke dunia, banyak perkara yang telah kita pelajari. Bermula dengan derai tangis, hilai tawa dan tutur kata. Setiap hari, kita sentiasa menghadapi perkara yang baru. Pembaharuan dalam kehidupan inilah yang dinamakan pembelajaran. Pembelajaran dalam mengenal erti kehidupan. Pembelajaran ini tidak akan terhenti sehingga detik akhir kematian.

Ada juga yang mengatakan bahawa kehidupan seharian mereka hanya perkara yang sama mereka lalui setiap hari. Jika kita berfikiran sebegitu, nescaya kita adalah dalam golongan orang yang rugi. Perkara atau rutin harian hidup, tidak bermakna kita hanya menjalani kehidupan itu berulang kali. Rutin seharian ini sepatutnya kita refleksi kembali untuk memperbaiki diri dan belajar tentang kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan yang terjadi di atas setiap tindakan kita.

Setiap perkara dalam kehidupan seharian, daripada sebesar-besar tindakan sehingga perkara yang remeh temeh adalah pembelajaran. Jangan kita fikir bahawa tindakan yang remeh temeh tidak akan menjejaskan kehidupan kita di masa hadapan. Sebagai contoh, cara kita menyuap makanan ke dalam mulut. Jika kita tidak mempelajarinya, kita mungkin tidak dapat menyuapkan makanan dengan betul dan berkemungkinan makanan akan bersepah. Dengan melihat cara makan yang betul dan merefleksi cara makan diri sendiri, kita boleh memperbaiki cara menyuap makanan dengan betul, dan ini ialah satu pembelajaran yang amat kecil dalam hidup.

Sentiasalah kita buka mata dan minda agar dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna. Pelajari tentang kehidupan agar kita boleh menguasai hidup. Jangan biarkan diri sendiri jatuh dalam golongan yang tidak menggunakan akal fikiran dan menjadi orang yang rugi.

No comments:

Post a Comment